Layari Laman Kami:

28.2.10

LAPORAN REHLAH SINAI AKHAWAT 2010 (JOURNEY TO THE TOP)

Disediakan oleh : Nur Zahidah bt Hosman (Setiausaha Rehlah Sinai Akhawat J3T)


10 Feb. 2010, Zagazig – Dengan bertemakan ‘Sirah Inspired, Success Achieved’, Rehlah Sinai Akhawat 2010 atau lebih dikenali dengan nama Journey To The Top (J3T) telah berlansung dengan jayanya. Rehlah ke Sinai yang julung kalinya diadakan di bawah anjuran Unit Kebajikan (Sukan dan Aktiviti Luar), Organisasi Perubatan Zagazig ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam , bermula dari 10 hingga 12 Februari 2010. Seramai 38 orang peserta terdiri daripada pelajar perubatan dan farmasi tahun 1,2,dan 4 serta 10 orang ahli jawatankuasa pelaksana diketuai saudara pengarah , Muhammad Hazwan Bin Zulkifli bersama pasangan mutazawwijin (Ustaz Mumtaz bin Harun dan Ustazah Faezah binti Spian) , telah memulakan perjalanan dari Zagazig kira-kira jam 2 pagi , 10 Februari 2010 dengan menaiki bas Visa Tours.

Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa perjalanan oleh Ustaz Mumtaz bin Harun dan terus menuju ke perhentian pertama di Terusan Suez bagi berehat dan menunaikan solat Subuh. Selepas itu, kira-kira jam 6.30 pagi, sambil peserta menikmati sarapan pagi, bas merentasi destinasi rehlah yang pertama iaitu Terowong Ahmad Hamdy. Seterusnya, pada jam 7.00 pagi, para peserta melawat Kubu Israel, diikuti Uyun Musa dan Telaga Nabi Ayub. Kemudian, seluruh ahli rehlah berangkat menuju ke Hamam Firaun sebelum berhenti di perhentian kedua untuk makan tengah hari dan menunaikan solat jamak takdim. Selepas itu, perjalanan diteruskan menuju ke Makam Nabi Harun dan melawat Lembu Samiri. Lebih kurang pukul 3.30 petang, bas bergerak ke destinasi penginapan yang pertama. Dari sana, ahli rehlah berjalan kaki menuju ke 12 mata air Nabi Musa, walaubagaimanapun, kerana hari sudah malam, Wadi Arbaien tidak sempat dilawati. Seterusnya, kesemua peserta pulang ke tempat penginapan. Selepas solat dan makan malam, slot pada malam pertama diisi dengan taklimat pendakian oleh Ustaz Zuhaili dan diikuti motivasi daripada Ustaz Mumtaz. Pembahagian kumpulan juga dilakukan dan kesemua peserta semakin bersemangat untuk mendaki dengan memegang kata-kata “jumpa di puncak”.

Keesokannya, seawal jam 5.50 pagi, kesemua peserta sudah bersiap sedia dengan pakaian pendakian. Sebagai persediaan pendakian, regangan memanaskan badan dilakukan dengan diketuai oleh saudari Nor Ain Bahori sebelum kesemua peserta mengambil sarapan dan menaiki bas menuju ke kaki pergunungan Jabal Musa. Lebih kurang jam 6.45 pagi, pendakian dimulakan dengan diketuai oleh Ustaz Zuhaili. Pelbagai ragam dan gelagat peserta boleh dilihat, namun kesemuanya sangat bersemangat dan saling membantu dalam usaha menuju ke puncak. Alhamdulillah, setelah hampir 3 jam setengah mendaki, pada jam 10.30 pagi, kesemua peserta tiba di puncak. Setelah hampir satu jam melepaskan lelah, bermunajat di tempat munajat Nabi Musa, menikmati pemandangan dan bergambar, para peserta berjalan turun dari puncak. Melepasi 2 jam, kesemua peserta tiba di kaki gunung, berehat dan menaiki bas pulang ke kawasan penginapan. Pada jam 2.45 petang, setelah kesemua peserta makan tengah hari dan menunaikan solat, bas bergerak menuju ke Makam Nabi Soleh sebelum meneruskan perjalanan ke Dahab dan tiba di kawasan penginapan di sana lebih kurang jam 5.00 petang. Pada waktu malam, sedikit taklimat diadakan sebelum peserta memulakan aktiviti membeli-belah, berjalan-jalan dan menikmati makanan laut di sekitar Dahab. Pada jam 11.30 malam, kesemua peserta menamatkan aktiviti dan pulang ke tempat penginapan.

12 Februari 2010, peserta memulakan aktiviti bebas seawal jam 7.00 pagi dan bersiap-siap berangkat ke destinasi seterusnya. Lebih kurang jam 9.30 pagi, bas bergerak keluar dari Dahab. Sepanjang perjalanan, peserta singgah di Nuwaibak dan Teluk Aqaba sebelum tiba di Toba. Di Toba, peserta solat dan makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Qalah Salehuddin. Sekitar jam 4.00 petang, bas bergerak meninggalkan kawasan Qalah menuju ke Batu Bersurat Sultan Malik sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Zagazig. Alhamdulillah, lebih kurang jam 11.30 malam, peserta rehlah tiba di Zagazig.

Rehlah sepanjang 3 hari diisi dengan penerangan yang mantap daripada musyrif serta slot pengisian oleh saudari Duratul’ain Binti Mohd Nazri. Sebanyak 15 cabutan bertuah diadakan selain kuiz mengenai destinasi rehlah dan sebagainya. Pada hari terakhir, acara penutup diadakan dengan ucapan oleh saudara pengarah serta penyampaian hadiah peserta terbaik yang dimenangi oleh saudari Nor Ain Bahori.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat atas komitmen , disiplin dan kerjasama yang sangat memberansangkan. Diharap, Journey To The Top ini meninggalkan seribu satu kenangan manis kepada semua peserta dengan merapatkan lagi ukhwah antara satu sama lain, mendalami dan mengambil pengajaran daripada sirah para nabi serta menikmati keindahan alam ciptaan Allah.




Para peserta di puncak gunung Tursina(Sinai)
Continue Reading...

16.2.10

This Donkey Attitude

To all who can look at the bright side of life,
This story is really encouraging. I hope it will make your day! Pass it on!


The Donkey Attitude .. Good One !!

THE DONKEY


One day a farmer's donkey fell down into a well. The animal cried piteously for hours as the farmer tried to figure out what to do. Finally, he decided the animal was old, and the well needed to be covered up anyway; it just wasn't worth it to retrieve the donkey.




He invited all his neighbours to come over and help him. They all grabbed a shovel and began to shovel dirt into the well. At first, the donkey realized what was happening and cried horribly. Then, to everyone's amazement he quieted down.

A few shovel loads later, the farmer finally looked down the well. He was astonished at what he saw. With each shovel of dirt that hit his back, the donkey was doing something amazing. He would shake it off and take a step up.



As the farmer's neighbours continued to shovel dirt on top of the animal, he would shake it off and take a step up. Pretty soon,
everyone was amazed as the donkey stepped up over the edge of the well and happily trotted off!

MORAL :

Life is going to shovel dirt on you, all kinds of dirt. The trick to getting out of the well is to shake it off and take a step up. Each of our troubles is a steppingstone. We can get out of the deepest wells just by not stopping, never giving up! Shake it off and take a step up.




Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred - Forgive..

2. Free your mind from worries - Most never happen.

3. Live simply and appreciate what you have.

4. Give more.

5. Expect less




Continue Reading...

18.1.10

KEJOHANAN FUTSAL INTER SMART CIRCLE 09/10

18 DISEMBER 2009, Zagazig as-Syarkia, satu program kejohanan futsal antara Smart Circle (SC) di kalangan mahasiswa Universiti Zagazig telah berjaya dianjurkan oleh Unit Kebajikan (Sukan dan Aktiviti Luar) OPZ. Bersesuaian dengan objektif program untuk mengeratkan ukhuwwah di kalangan mahasiswa Sains Perubatan Zagazig, slogan “bola dirembat, ukhuwwah diribat” telah dipilih sebagai tema program. Sebanyak 13 kumpulan SC telah menyertai kejohanan ini.

Kejohanan telah berlangsung di Istad Gama’ah Zagazig, bermula pada 7.30 pagi dengan kehadiran serta pendaftaran para peserta (mengikut kumpulan Smart Circle masing-masing). Program dimeriahkan lagi dengan penyertaan niaga bazaar oleh OPZ serta beberapa pihak yang lain. Taklimat syarat serta etika program telah disampaikan oleh Unit Disiplin program sebelum kejohanan berlangsung. Sedikit kesulitan berlaku di awal kelangsungan program disebabkan oleh kelewatan kehadiran sebahagian para peserta.

Setiap kumpulan SC telah diberikan nama mengikut nama-nama negeri yang ada di Malaysia. Kesungguhan serta semangat kesukanan para peserta dapat dilihat sepanjang berlangsungnya program. Kelihatan juga beberapa SC yang berkumpul bersama-sama untuk mendapatkan sedikit pengisian rohani bersama naqib masing-masing sementara menunggu giliran untuk beraksi di padang futsal. Tidak kurang juga yang meninjau sekitar bazaar untuk menikmati makanan serta minuman yang dijual. Sekitar jam 11.30 tengahari, perlawanan akhir kejohanan telah berjaya ditamatkan dengan kemunculan SC negeri Johor sebagai juara kejohanan.

Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Program, Dr. Wan Za'imu Nazmeer bin Wan Abu Bakar yang kemudiannya diikuti dengan ucapan aluan serta perasmian oleh ex-officio OPZ, Dr. Mohd Shafiq bin Paridin. program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Hadiah-hadiah kejohanan disampaikan oleh perasmi program. Anugerah Smart Circle terbaik juga disampaikan kepada kumpulan SC yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan telah dimenangi oleh SC negeri P. Pinang. Bacaan doa penutup mengakhiri program sebelum para peserta bersurai. Kejohanan seumpama ini diharapkan dapat dilangsungkan dengan lebih meriah dan lebih tersusun di masa akan datang berbekalkan pengalaman yang membantu. InsyaAllah.

Disediakan oleh :

Dr. Ayyub Ansari Bin Rosli

Setiausaha,

Kejohanan Futsal Inter SC 09/10.
Continue Reading...

3.1.10

New Products, But They Are Limited Stock

Yes, these sure come in early, but sure can go away early too,
so, grab one first before its too late!!

Price of each:
1)Planner 2010 = LE10
2)Calender 2010 = LE15
3)Seminar: Kelahiran & Kematian = LE20
4)I-MAN 2 = LE7


Dealers:
Hazwan Zulkifli (4th Year 0161865356)
Ermyzal Nazirul (2nd Year 0118451141)
Zulfazli Jasni (1st Year 0141195733)
NurAdila Kamaruddin (Girls Only - 0168564848)
Continue Reading...

Kalender Meja 2010

Satu lagi produk PERUBATAN sempena tahun baru

http://i49.tinypic.com/15eu4ib.jpg

Dapatkan dari unit ekonomi OPZ sekarang!!
Cepat, kerana stock adalah terhad!!
Continue Reading...

28.12.09

Planner PERUBATAN 2010

Produk baru PERUBATAN telah berada di pasaran!

http://i46.tinypic.com/25kketd.jpg
bukan LE 12
bukan LE 15
apatah lagi LE 20
tapi
HANYA LE10!

*Dapatkan dari Unit Ekonomi OPZ
Continue Reading...

25.12.09

Jaulah Port Said (Ikhwah)

11 Desember 2009,PORT SAID- Jaulah Port Said (II)’09 telah dijalankan di bawah anjuran Unit Kebajikan dan Sukan Organisasi Perubatan Zagazig (OPZ). Di bawah arahan Dr. Mohd Syafiq bin Paridin selaku Pengarah program bersama adhoc-adhoc yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, program yang sangat bermanfaat ini berjaya di jalankan dengan selamat. Seramai 48 ahli OPZ termasuk 5 pelajar Al-Azhar telah menyertai jaulah ini dan sebuah bas telah digunakan sebagai pengangkutan untuk ke destinasi yang ditujui. Seperti yang dirancang, tepat jam 7.00 pagi, bas yang ditempah telah tiba di perkarangan Kamsis Salam dan sebahagian besar peserta telah siap sedia menunggu. Pada pukul 8.00 pagi, rombongan jaulah bertolak menuju ke destiniasi utama iaitu Port Said. Semua ahli begitu bersemangat dan tidak sabar untuk sampai ke destinasi seawal yang mungkin.

Ketika dalam perjalanan, Ustaz Mohd Murshid bin Shafiee selaku Unit Musyrif menerangkan tentang tentatif program serta sejarah ringkas mengenai Port Said dan Port Fuad. Setiap ahli juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan komunikasi apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Sebagai sarapan pagi, Unit Makanan, Dr Ayyub Ansari telah membahagikan roti fino dan juga air teh kapada semua ahli jaulah disamping terdapat juga jualan daripada pihak OPZ. Ternyata semua ahli berpuas hati dengan sarapan pagi yang disediakan sehingga semua tertidur sementara tiba ke destinasi yang mengambil masa 3 jam.

Tepat jam 11 pagi,rombongan selamat tiba ke Port Said. Semua ahli bergerak ke masjid di kawasan Port Fuad untuk solat jumaat menaiki feri. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit.Setibanya di sana,semua ahli mengambil tempat disebuah pondok berdekatan masjid untuk makan tengahari. Lauk ayam masak merah yang sangat lazat membuatkan semua ahli berpuas hati dan terus bergerak ke dalam masjid untuk solat jumaat. Setelah selesai solat,sekali lagi ahli jaulah menaiki feri untuk berpatah balik ke Port Said. Semua ahli begitu bersemangat untuk membeli-belah. Setibanya di sana, semua ahli berpecah-pecah bagi memudahkan urusan jual-beli.

Terdapat pelbagai jenis pakaian dijual disana dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur sama ada pakaian ikhwah mahupun akhawat. Selain itu,terdapat juga pasar tani berdekatan yang menjual buah-buahan dan hasil-hasil laut seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya.Setelah 4 jam membeli-belah,semua ahli bergerak ke masjid untuk solat maghrib secara berjemaah. Tepat jam 7.00 malam,rombongan jaulah bertolak pulang ke Zagazig. Walaupun keletihan, semua ahli berpuas hati dengan barangan yang telah dibeli. Disamping membeli-belah sambil menyaksikan keindahan alam sekeliling, jaulah ini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah dikalangan ahli-ahli OPZ hendaknya dan semoga jaulah sebegini dapat dijalankan lagi dimasa hadapan. Semua ahli jaulah selamat tiba di Zagazig pada pukul 10 malam dan pulang ke kediaman masing-masing.


Disediakan oleh:


Mohammad Ermyzal Nazirul Bin Musa,
Setiausaha,
Jaulah Port Said (II) ’09
14 Disember 2009
Continue Reading...

17.12.09

JAULAH MAHABBAH PORT SAID (AKHAWAT)

12 Nov. 2009, Port Said – Jaulah Mahabbah Port Said bagi akhawat telah dijalankan di bawah anjuran Unit Kebajikan dan Sukan Organisasi Perubatan Zagazig (OPZ). Sebanyak 3 buah bas digunakan sebagai pengangkutan di dalam perjalanan jaulah yang disertai oleh 136 orang peserta akhawat ini.

Pada pukul 8.45 pagi, rombongan jaulah bertolak dari Salam, Zagazig. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur bagi memanfaatkan masa yang terluang di dalam perjalanan seperti kuiz uji minda, cabutan bertuah dan pengenalan tentang destinasi yang di tuju. Sepanjang perjalanan, seramai 7 orang ahli jaulah yang dilaporkan mabuk perjalanan (motion sickness). Walaubagaimanapun, keadaan berada di bawah kawalan. Kira-kira 3 jam 45 minit masa yang diambil untuk sampai ke destinasi.

Seterusnya, ahli jaulah menaiki feri melalui Terusan Suez menuju ke Port Fuad. Di situ, ahli jaulah menunaikan Solat Fardhu Zohor dan Asar di sebuah masjid berhampiran dan berpeluang mengambil gambar kenangan disamping menghirup udara di persisiran pantai. Pada pukul 2.35 petang, perjalanan berpatah balik ke Port Said diteruskan.

Ahli jaulah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama musyrif dan musyrifah masing-masing bagi memudahkan urusan jual beli semasa di kawasan membeli-belah. Beraneka pilihan dan fesyen pakaian yang dipamerkan di setiap kedai bagi membolehkan pilihan dibuat mengikut citarasa masing-masing. Selain itu, terdapat juga gerai menjual buah-buahan. Pelbagai jenis pakaian yang dibeli oleh ahli jaulah sebagai persediaan dalam menghadapi kedinginan yang bakal ditempuh semasa musim sejuk di bumi mesir ini.

Pada pukul 7.40 malam, perjalanan pulang ke Zagazig diteruskan selepas ahli-ahli jaulah menunaikan solat fardhu magrib dan isyak di masjid berhampiran kawasan membeli-belah. Disamping membeli-belah sambil menyaksikan keindahan alam sekeliling, jaulah ini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah dikalangan ahli-ahli OPZ hendaknya. Pada pukul 10.45 malam, bas yang membawa ahli jaulah ini selamat sampai ke Zagazig dan seterusnya masing-masing pulang ke kediaman sendiri.

Disediakan oleh :

Nor Aizah Bt. Muhammad
Setiausaha Jaulah Mahabbah Port Said (Akhawat)
Continue Reading...
 

Blogroll

Site Info

Kalam Admin

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum. Semoga maklumat yang tertera dalam blog ini bermanfaat bersama

Mediczagazig3 © Copyright 2009 | All Rights Reserved by mediczagazig and PERUBATAN | Design by Unit Penerbitan PERUBATAN Zagazig
No part of the content or the blog to be reproduced without prior written permission.